KUCHING, 28 Dis: Kembara Kanang 2022 (Jelajah Borneo) merupakan program jerayawara melalui Lebuh Raya Pan Borneo singgah di empat bandar dutama di Sarawak iaitu Sibu, Miri, Mukah dan Sarikei.
Kembara enam hari lima malam ini bertempat di Masjid Al-Firdaus, Miri dan Masjid At-Taqwa, Mukah.
Objektif utama Kembara Kanang ini bertujuan untuk menerapkan semangat kepahlawan Kanang menerokai bumi Borneo, meneroka budaya tradisional dan adat masyarakat.
Program Jiwa Murni yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Skuadron 330 TUDM, Lt Kol Zainal Abidin Yahia@Yahaya TUDM, telah disambut baik oleh ahli jawatankuasa masjid.
Program tersebut telah dijalankan dengan kerjasama Pengerusi Masjid Al-Firdaus, Miri iaitu Alwie Amin dan Setiausaha Masjid At-Taqwa, Mukah, Awang Manja Awang berserta sumbangan sebanyak 15 bungkusan makanan asasi setiap masjid yang disumbangkan oleh Qariah Masjid Al-Muhaimin, Skuadron 330 TUDM.
Penerima sumbangan adalah golongan asnaf daripada Qariah Taman Tunku, Masjid Al-Firdaus.
Manakala penerima daripada Qariah Kg Oya, Masjid At-Taqwa iaitu kebanyakannya merupakan golongan balu. -TVS