Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee. Foto: Zen Hashim (TVS)

Rodiyah ikrar teruskan agenda pembangunan Batang Sadong

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 28 Dis: Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee komited dalam memastikan setiap projek pembangunan di kawasannya dilaksanakan sebaik mungkin.

Menurutnya, pelaksanaan itu nanti dapat memberi manfaat kepada rakyat, sekali gus membolehkan masyarakat setempat menikmati pembangunan seperti di tempat lain.

“Antara fokus saya untuk tempoh lima tahun di Batang Sadong adalah akan meneruskan rancangan pembangunan kerajaan, terutama sekali berhubung keperluan asas seperti jalan raya dan jaringan telekomunikasi,” katanya yang ditemui semasa mengadakan lawatan kerja ke TVS di sini, hari ini.

Katanya lagi keperluan bagi menambah baik sistem perparitan di beberapa kawasan Batang Sadong juga perlu disegerakan, bagi mengelak banjir.

“Kawasan seperti di Simunjan antara kawasan yang agak rendah, ini maknanya ia mudah terdedah dengan banjir.

“Oleh yang demikian saya akan melihat perkara ini untuk agensi berkaitan mengambil tindakan yang pantas agar masalah seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November 2022, Rodiyah daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang kerusi Batang Sadong dalam pertembungan satu lawan satu dengan Cikgu Lahaji daripada Pakatan Harapan.

Ini merupakan penggal pertama Rodiyah sebagai Ahli Parlimen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan