Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja rasmi ke ICQS Biawak, Lundu, hari ini. Turut serta, Timbalan Menteri Pengangkutan II Sarawak Dato Henry Harry Jinep dan Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono. Foto: TVS

Perkhidmatan bas Kuching-Singkawang bermula tahun hadapan

LUNDU, 28 Dis: Perkhidmatan bas menghubungkan Kuching dengan Singkawang di Kalimantan Barat dijangka akan mula beroperasi pada tahun hadapan.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, bagi merealisasikan perkhidmatan tersebut, Persatuan Pengusaha Perkhidmatan Bas Sarawak akan melakukan perbincangan dengan Persatuan Perkhidmatan Bas Kalimantan Barat bagi menentukan jumlah kekerapan perjalanan bas dari kedua-dua lokasi.

Katanya, konsep perkhidmatan bas antara sempadan yang dilaksanakan menerusi laluan Kuching-Pontianak akan diguna pakai bagi perkhidmatan bas Kuching-Singkawang.

“Pada permulaannya terdapat cadangan daripada persatuan bas tadi, mereka memberitahu untuk menyediakan perkhidmatan bas dengan kekerapan lima perjalanan sehari dari kedua-dua lokasi iaitu dari Kuching Ke Singkawang dan Dari Singkawang ke Kuching.

“Bagaimanapun jika terdapat permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan tersebut kita bersedia untuk meluluskan tambahan kekerapan perjalanan bas,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke stesen Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak di sini, hari ini.

Menurut Kim Shin, satu pelabuhan darat juga turut dicadangkan untuk dibina di kedua ICQS iaitu masing-masing di Biawak dan Aruk.

Beliau berkata, pembinaan pelabuhan darat terbabit merupakan langkah kedua-dua negara memudahkan urusan logistik sama ada bagi pergerakan warga Indonesia dan Malaysia serta urusan dagangan barangan lain.

“Sememangnya ia (pembinaan perlabuhan darat) menjadi salah satu cadangan yang kita utarakan bagi memudahkan aktiviti logistik, ekonomi dan dagangan di kawasan tersebut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan