Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menemui anak Allahyarham petang semalam.

Nancy zahir takziah, temui anak kecil kehilangan ibu sehari selepas Hari Jadi

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 28 Dis: Berita duka seorang ibu yang meninggal dunia sehari selepas meraikan Hari Jadi pertama anaknya menyentuh hati ramai, termasuk Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri.

Nancy berkesempatan mengunjungi kediaman Allahyarham Athirah Jaafar di Kampung Bintawa Hilir, pada petang Selasa untuk menemui Haider Yusuf, anak kecil yang baharu berusia setahun itu, turut berkongsi hiba pada satu hantaran di akaun Facebooknya, semalam.

“Allahyarham mempunyai seorang anak yang baharu berusia setahun dan saya dimaklumkan bahawa baharu dua hari yang lepas (Allahyarham) menyambut hari jadi anaknya,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut berharap ahli keluarga arwah tabah menerima dugaan pemergian ibu muda itu.

“Saya juga berkesempatan menyampaikan sedekah kepada keluarga Allahyarham petang tadi (semalam),” ujarnya sambil menzahirkan ucap takziah.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai Athirah Jaafar yang menghembuskan nafas terakhir pada 26 Disember lalu di Hospital Umum Sarawak (HUS) iaitu tepat sehari selepas arwah mengadakan majlis hari jadi anaknya.

Menurut sumber, Athirah kelihatan membuat persiapan untuk majlis berkenaan sejak sebulan yang lalu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan