Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keterangan Gambar: (Dua dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo Chee Soon, Pengerusi CAAM, Tan Sri Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman,Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengawal Selia) CAAM, Kapten Norazman Mahmud dan Presiden (Komersial) Capital, Colin CurriĀ  pada majlis pelancaran Penerbangan Tambahan Istimewa pada Tambang Rendah Tetap AirAsia untuk Tahun Baharu Cina 2023 di AirAsia RedQ.

AirAsia tawar penerbangan tambahan istimewa sempena Tahun Baharu Cina

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan penerbangan tambahan istimewa pada kadar tambang rendah tetap antara Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dari 17 hingga 30 Januari 2023 sempena sambutan Tahun baharu Cina 2023.

Menerusi kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan bahawa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri serta dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu dan Miri pada hanya RM199 sehala.

Pada masa yang sama, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu pada hanya RM249 sehala.

ā€œSelain 52 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap ke enam destinasi popular di Sabah dan Sarawak, AirAsia juga mengendalikan 274 penerbangan mingguan pada tambang biasa ke destinasi yang sama,ā€ menurut AirAsia.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan berbesar hati kerana AirAsia terus komited untuk menyokong inisiatif kerajaan untuk menurunkan tambang penerbangan semasa musim perayaan, meskipun terdapat kekangan operasi.

ā€œWalaupun mereka tidak dapat meningkatkan lebih kekerapan penerbangan kerana kekurangan pesawat seperti apa yang dialami oleh semua syarikat penerbangan, kami memuji kerja keras mereka untuk menambah penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap untuk menghubungkan keluarga, terutamanya dari dan ke Sabah dan Sarawak.

ā€œKami juga menggalakkan syarikat penerbangan lain untuk turut melancarkan inisiatif sama atau lain yang dapat mengurangkan tambang penerbangan terutama semasa musim perayaan,ā€ ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata sebagai syarikat penerbangan untuk semua, pihaknya melakukan yang terbaik untuk menghubungkan para tetamu pada tambang berpatutan walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam operasi.

ā€œBeberapa tahun kebelakangan ini adalah amat sukar untuk semua dan walaupun industri perjalanan kini semakin pulih, kami tidak dapat menambah penerbangan seperti sedia kala berikutan kesan susulan pandemik,

ā€œNamun, di sebalik kos operasi yang semakin meningkat dan kekurangan jumlah pesawat, kami terus berusaha dan komited untuk menyatukan semula rakyat Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang,ā€ katanya.

Muat turun airasia Super App daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery untuk menerima maklumat dan kemas kini mengenai penerbangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan