Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan acara Pemakaian Pangkat Perdana Anggota LLP Rejimen Sempadan di bawah naungan Briged ke-31 Infrantri Malaysia di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, hari ini. Foto: TVS

Markas Briged ke-31 Infantri pindah ke Bintulu Jun tahun depan

KUCHING, 27 Dis: Markas Briged ke-31 Infantri Malaysia yang kini berada di Sibu dijangka berpindah ke Bintulu pada Jun tahun depan.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata pihaknya juga telah mengenal pasti lokasi serta bangunan yang bakal menempatkan Briged ke-31 di Bintulu nanti.

Beliau berkata keputusan pemindahan markas itu dibuat setelah mengambil kira keberadaan Briged kesembilan yang turut berada di kawasan Sibu.

“Rumah buat keluarga anggota juga sudah kita kenal pasti. Saya yakin apabila proses semua telah selesai menjelang bulan Jun tahun depan, Markas 31 Briged akan berada di Bintulu.

“(Buat masa ini) Kita tidak akan bina bangunan baharu (untuk markas tersebut) tetapi menyewa bangunan di sana (Bintulu),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara Pemakaian Pangkat Perdana di Kem Muara Tuang di sini hari ini.

Hadir sama, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad dan Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Hassan Embong.

Sementara itu, seramai 201 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Briged ke-31 Infantri Malaysia dinaikkan pangkat pada Perbarisan Pemakaian Pangkat Perdana Anggota LLP Rejimen Sempadan.

Menurut beliau, pengisytiharan ini adalah bersesuaian dengan tempoh perkhidmatan rejimen yang sudah matang.

“Bermula pada pengisytiharan kita sudah kenalpasti bahawa rejimen sempadan ini adalah seperti veteran sempadan yang lain dan kita ada dua infantri standard iaitu Rejimen Askar Diraja dan Rejimen Diraja.

“Jadi sekarang kita tambah satu lagi Rejimen Sempadan dan kita yakin bahawa mereka telah mencapai umur yang matang untuk membuat tugas ini. Kita nak ia boleh membuat tugas pelbagai peranan (multi roles) dan pelbagai fungsi (multifunctions),” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan