Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat Sia Ching Hang ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat di dalam parit tidak jauh dari rumah keluarganya di Jalan Kwong Ming, Sibu. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Bayi 18 bulan ditemukan lemas dalam parit di hadapan rumah

SIBU, 27 Dis: Seorang bayi lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam parit hari ini ditemukan lemas berdekatan rumah keluarganya di Jalan Kwong Ming di sini, kira-kira satu jam selepas dilaporkan.

Sia Ching Hang, 18 bulan, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di dalam parit tidak jauh dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh pada jam 2.14 petang.

Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Timbalan Penguasa Bomba Abdul Mutalif Ja’afar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.24 tengah hari.

Menurutnya, seramai 10 orang anggota bomba terlibat dalam pencarian mangsa yang juga dibantu oleh sepasukan anggota polis.

“Mayat bayi tersebut ditemukan di lokasi kira-kira 600 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan