Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat pemindahan sementara sedia diaktifkan sekiranya banjir. Foto fail TVS.

Agensi kerajaan sentiasa bersedia hadapi kemungkinan banjir sekali lagi

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Dis: Agensi kerajaan sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir atau bencana lain termasuk memindahkan penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keutamaan kerajaan ialah memastikan semua penduduk terjejas diberikan tempat perlindungan yang selamat dan makanan mencukupi.

“Kadang-kadang di Sarawak (banjir) pada bulan Januari disebabkan hujan lebat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Krismas Anglikan 2022 di Katedral St. Thomas di sini, hari ini.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan tiga PPS masih aktif setakat pukul 7 malam ini apabila satu PPS baharu dibuka di Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau.

PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong dibuka Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sebuyau berikutan hujan berterusan dari Jumaat dan air pasang besar.

“Mangsa juga terputus hubungan untuk mendapatkan sumber makanan,” kata laporan yang dikemaskini pada pukul 7 malam.

PPS di Kampung Lutong yang dibuka pada 3:50 petang, menempatkan tujuh orang daripada tiga keluarga.

Dua lagi PPS masih aktif ialah Dewan Serbaguna Kampung Rimba Padi, Serian membabitkan 84 orang mangsa banjir, manakala 57 orang yang terjejas akibat tanah runtuh ditempatkan di Dewan Kampung Koran Mawang, Serian.

Dua PPS berkenaan dibuka bermula 23 Disember.

Sebanyak 18 PPS telah ditutup sejak banjir ekoran hujan lebat melanda beberapa kawasan pada 23 Disember. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan