Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Rondaan dan Penyelamat Maritim (Bakamla) Indonesia berjaya menyelamatkan 57 orang yang berada di dalam bot kayu yang terdampar di pantai di Desa Ladong, Aceh. Foto: Bakamla Indonesia

57 pelarian Rohingya yang ingin ke Malaysia terkandas di Aceh

ByTVS

JAKARTA, 26 Dis: Agensi Rondaan dan Penyelamat Maritim (Bakamla) Indonesia berjaya menyelamatkan 57 orang yang berada di dalam bot kayu terdampar di pantai di Desa Ladong, Aceh.

Difahamkan kesemua penumpang tersebut adalah pendatang tanpa izin etnik Rohingya dari Myanmar.

Menurut jurucakap Bakamla, Yuhanes Antara, mereka adalah pelarian yang telah hanyut di laut selama kira-kira sebulan.

“Pelarian Rohingnya itu belayar dari Myanmar ke Malaysia, tetapi kapal mereka mengalami kerosakan enjin yang akhirnya memasuki perairan Indonesia kemudian terkandas,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada penumpang yang terselamat, mereka tidak lagi mempunyai bekalan makanan yang mencukupi ketika berada di laut.

Dua daripada 57 pendatang tanpa izin dari kapal itu didapati sakit dan kini dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.

Menjawab perkara ini, satu pasukan bersama telah dibentuk untuk menjalankan kawalan keselamatan di sekitar pemindahan mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan