Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta dari zon Sabah Qahirah Maisarah Syahil merangkul gelaran juara kemuncak Bintang Kecil 2022. Foto: Luqman Muhammad

Qahirah dari Sabah johan Bintang Kecil 2022, bawa pulang RM20,000

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 24 Dis: Peserta dari zon Sabah Qahirah Maisarah Syahil merangkul gelaran juara kemuncak Bintang Kecil 2022 yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, malam ini.

Qahirah yang menendangkan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan itu turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 piala dan sijil penghargaan.

Naib Johan turut dirangkul peserta dari zon Sabah Fateeha Nasleen Suhaillin yang berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, piala beserta sijil penghargaan.

Sementara itu, peserta dari Johor Wa’ie Mohd Zain pula dinobat sebagai pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai berjumlah RM10, 000.

Wa’ie juga turut meraih anugerah Protege Bintang Pilihan Prodigy membawa pulang hadiah berupa Piano Digital.

Tiga peserta lain pula sekadar berpuas hati mendapat gelaran saguhati yang turut membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM5,000.

Mereka adalah Nur Qasih Umairah dari zon Sarawak, Puteri Ainul Farisya Zuraimi dari Perlis dan Adam Syahmi Mohd Faizul dari Pahang.

Pada malam ini seramai enam peserta Kemuncak Bintang Kecil 2022 berentap mempersembahkan kekuatan vokal dan kreativiti masing-masing di pentas akhir.

Hadiah kepada pemenang pertandingan disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan