Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Api sedang marak memusnahkan kilang kayu di Jalan Durin - Sibu malam tadi. Foto: BBP Kanowit

Kilang pemprosesan kayu terbakar di Jalan Durin – Sibu

SIBU, 25 Dis: Sebuah kilang pemprosesan kayu di Jalan Durin-Sibu dekat sini musnah 40 peratus dalam kebakaran malam Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dan BBP Sibu Jaya digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.15 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan jenis kilang berbumbung serta terbuka yang turut menjejaskan bahagian penyimpanan stok kayu papan.

“Setibanya di lokasi, api masih marak terbakar di dalam ruangan dalam kilang terbuka yang berkeluasan dua ekar serta struktur bangunan kilang adalah 50 x 100 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba telah menggunakan kaedah “offensive” masuk ke premis dan gerak kerja pemadaman dilakukan menggunakan pam angkut dan sumber air terbuka.

” Seramai 13 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu,” katanya.

Jelasnya, operasi pemadaman terkawal jam 10.11 malam.

Kejadian tersebut tidak melibatkan kecederaan mangsa serta kehilangan jiwa.

Siastan lanjut akan dijalankan oleh Unit Penyiasatan Kebakaran JBPM Zon 4 bagi mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian dialami. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan