Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Rumah Terbuka Krismas 2022 di kediamannya. Foto: Amirah Shawel (TVS)

Banjir: 16 PPS aktif di Sarawak, 4 ditutup

ByAmirah Shawel

KUCHING, 25 Dis: Empat daripada 20 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak yang menempatkan mangsa banjir telah ditutup pada Sabtu, menjadikan 16 PPS di seluruh negeri masih beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata PPS yang aktif menempatkan 357 keluarga merangkumi mangsa banjir sebanyak 1,345 orang.

Sebagai langkah proaktif bagi menghadapi bencana banjir, bilik-bilik gerakan banjir telah ditetapkan beroperasi secara 24 jam bermula 23 Disember lalu sehingga penghujung bulan Februari,

“Kita telah merayu kepada semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri peringkat daerah dan peringkat bahagian supaya berada dalam keadaan berjaga-jaga sehingga penghujung bulan Februari ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Krismas 2022 anjurannya hari ini.

Dalam pada itu Timbalan Premier Sarawak itu juga menyeru masyarakat yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir untuk menghubungi Pejabat Residen atau Pejabat Daerah sekiranya berhadapan dengan bencana tersebut agar pihaknya dapat mengantar pasukan keselamatan untuk membantu mereka.

Uggah memberitahu lebih 60 pasukan tindak balas kecemasan komuniti juga telah ditubuhkan di luar bandar untuk memperkasakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekiranya berlaku bencana. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan