Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki ketika ditemui pemberita selepas menghadiri acara Christmas Cookies Give Away di Thomson Corner Cafe Jalan Nanas, Kuching. Foto: TVS

Tawar persahabatan, saling berkongsi rezeki amalan baik musim perayaan

KUCHING, 24 Dis: Saling berkongsi rezeki serta menawarkan persahabatan merupakan amalan mulia dalam kalangan masyarakat terutamanya pada musim perayaan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki.

“Kita raikan (perayaan setiap kaum) tiap-tiap tahun bersama-sama agar kita dapat kekalkan keharmonian dalam kepelbagaian kaum kita di Satok khasnya dan di Sarawak amnya,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas turut serta dalam acara Christmas Cookies Give Away di Thomson Corner Cafe Jalan Nanas, Kuching, di sini, hari ini.

Menurut Ibrahim hubungan baik dalam masyarakat negeri ini selain merapatkan silaturahim antara satu sama lain, amalan tersebut juga berupaya menjadi tauladan kepada generasi muda agar mempertahankan keharmonian dan perpaduan semua kaum di Sarawak.

Secara tidak langsung, amalan tersebut akan turut mendidik setiap lapisan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini untuk terus menerima kepelbagaian budaya dan agama yang wujud di Sarawak sejak sekian lama.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan