Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: Pejabat Premier Sarawak.

Sarawak contoh keharmonian, perpaduan kaum – Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 24 Dis: Perpaduan kaum berbilang agama di Sarawak menjadikan negeri ini satu-satunya negeri contoh simbol keharmonian di negara ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama, namun tidak menghadapi masalah untuk bersatu dalam kepelbagaian.

“Walaupun begitu, Sarawak tidak kalis sepenuhnya daripada unsur-unsur ekstremis yang datang ke Sarawak melalui saluran siber seperti media-media sosial yang biasanya untuk kepentingan politik pihak tertentu.

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan sentiasa memelihara kebebasan beragama di negeri ini, benteng kita daripada anasir-anasir ini hanyalah kebijaksanaan kita sendiri untuk menapis apa yang baik daripada yang jahat dan yang fakta daripada yang auta,” katanya dalam Perutusan Krismas 2022 hari ini.

Menjelas lanjut katanya, sebagai Ketua Kerajaan Sarawak, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan GPS akan sentiasa memelihara kebebasan beragama di negeri ini dan tiada unsur-unsur ekstrimisme, tiada mana-mana agama pun yang akan dibiarkan untuk menjejaskan keharmonian masyarakat dan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang yang dicintai.

“Semangat perpaduan yang harmoni  perlu diutuhkan lagi kerana Sarawak baginya bertuah kerana terlindung daripada persengketaan agama dan kaum yang sering berlaku di tempat-tempat lain,” ujarnya.

Abang Johari berharap agar Krismas pada tahun ini akan membawa keberkatan dan kegembiraan kepada  semua bersama ahli keluarga, sahabat handai, rakan dan taulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan