Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika mengadakan sesi pertemuan bersama rakyat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal di sini hari ini. Foto TVS

RM50 juta baiki sekolah rosak akibat banjir di seluruh negara

NIBONG TEBAL, 24 Dis: Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM50 juta bagi membaik pulih sekolah-sekolah di bawah kementerian itu di seluruh negara yang mengalami kerosakan akibat banjir.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini sedang mengumpul maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum memuktamadkan penyaluran peruntukan berkenaan.

“Ini kerana masih terdapat sekolah yang sedang ditenggelami air dan terjejas banjir.

“Saya sudah arahkan JPN dan PPD bersedia untuk memantau sekolah-sekolah yang terkesan supaya kita boleh segerakan bantuan penyelenggaraan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Sesi Bersama Rakyat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal di sini.

Mengikut rekod, sebanyak 287 sekolah di seluruh negara terjejas akibat banjir pada sepanjang tahun ini dengan 205 daripadanya telah pulih, manakala 82 sekolah dan institusi di bawah KPM sedang dilanda banjir.

Antara institusi yang masih terlibat banjir setakat pukul 10 pagi tadi adalah 54 buah di Kelantan, Sarawak (15), Terengganu (lapan), Sabah (empat) dan Pahang (satu).

Mengulas lanjut berhubung pembukaan penggal persekolahan bagi sekolah-sekolah yang terjejas banjir dan terlibat sebagia pusat pemindahan sementara (PPS), Fadhlina berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Bilik gerakan KPM juga memantau setiap hari dan kita ada bilik gerakan khas yang sentiasa memberi tumpuan kepada isu-isu pertambahan PPS.

”(Tarikh) pembukaan sekolah kekal, tetapi bergantung kepada nasihat Nadma (bagi sekolah yang terjejas) kerana isu keselamatan dan kebajikan murid, guru serta sekolah,” katanya lagi.

Sesi persekolahan Penggal 3 akan bermula 1 dan 2 Januari depan mengikut negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan