Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beratus-ratus penerbangan dibatalkan pada pagi Jumaat membabitkan lapangan terbang utama di Barat Laut Pasifik Amerika Syarikat (AS) kerana ais dan ribut salji. Foto: Envato

Ratusan penerbangan dibatalkan di lapangan terbang AS akibat cuaca buruk

ByBernama

SAN FRANCISCO, 24 Dis: Beratus-ratus penerbangan dibatalkan pada pagi Jumaat membabitkan lapangan terbang utama di Barat Laut Pasifik Amerika Syarikat (AS) kerana ais dan ribut salji.

Menjelang 8 pagi Jumaat waktu tempatan, Seattle, bandar terbesar di barat laut AS membatalkan 449 atau 80 peratus penerbangan keluar masuk dari bandar itu, lapor Xinhua.

Portland of Oregon telah membatalkan 202 penerbangan manakala Lapangan Terbang San Francisco (51) dan 79 penerbangan di lapangan terbang terbesar di Kawasan Teluk California telah ditangguhkan.

Beribu-ribu penerbangan di seluruh Amerika Syarikat dibatalkan pada Jumaat kerana cuaca buruk, termasuk ribut salji dijangka melanda dua pertiga bahagian negara itu pada hujung minggu ini hingga membantutkan perjalanan percutian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan