Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar yang menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata, kedua-dua negara turut bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, serta hubungan sesama rakyat. Foto: Bernama

Malaysia-Australia komited perkukuh hubungan dua hala – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Malaysia dan Australia semalam menyatakan komitmen masing-masing untuk mengeratkan hubungan dua hala di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata, kedua-dua negara turut bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, serta hubungan sesama rakyat.

Beliau berkata Australia adalah rakan rapat dan penting bagi Malaysia, malah pada 2021, dua negara berkenaan meningkatkan hubungan dua hala melalui kerjasama strategik kepada CSP.

“Ini merupakan interaksi pertama kami berdua sejak saya memegang tampuk pentadbiran bulan lepas. Australia merupakan rakan dagangan ke-13 terbesar Malaysia pada tahun lepas dengan nilai dagangan berjumlah RM52.28 bilion (USD13.76 bilion),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran sama, rakaman video perbualan telefon antara Anwar dan Albanese berdurasi 2.50 minit turut dipaparkan.

Dalam perbualan itu, Anwar turut memaklumkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya adalah stabil malah sudah mendapat lebih dua pertiga sokongan di Dewan Rakyat dan mahu memfokuskan kepada memacu ekonomi negara.

Albanese turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, selain menyifatkan pelantikan beliau sebagai pemimpin utama kerajaan sebagai satu inspirasi menerusi sikap daya tahannya (resiliency) dalam kehidupan dan politik.

Pada 24 Nov lepas, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan