Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadillah Yusof menyerahkan bungkusan Biskut Krismas kepada orang ramai yang sedang menjamu selera di Thompson Corner Cafe Jalan Nanas, Kuching. Turut kelihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki. Foto: TVS

MA63: Tempoh sebulan tuntutan bagi persetujuan Kabinet, umum 4 Januari

KUCHING, 24 Dis: Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) akan mendapatkan persetujuan dan keputusan muktamad daripada menteri kabinet mengenai tututan Sabah dan Sarawak dalam MA63 seperti yang dipersetujui secara dasar sebelum ini, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Tuntutan tersebut merupakan antara perkara yang perlu diselesaikan oleh beliau mengenai tuntutan kedua wilayah terbabit berkaitan MA63 dalam tempoh sebulan ini iaitu akan berakhir pada 5 Januari depan.

Katanya, antara perkara yang boleh dimuktamadkan dalam tempoh berkenaan termasuk pemerkasaan kuasa kepada jabatan teknikal di kedua wilayah terbabit.

“Cuma jumlahnya, berapa yang diberi kuasa sedang dimuktamadkan walaupun keseluruhannya Sabah dan Sarawak mintak keseluruhan kuasa itu diserah kepada Sabah dan Sarawak bagi jawatankuasa agensi teknikal tetapi di peringkat kementerian kewangan khususnya ada teknikaliti yang perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata demikian selepas ditemui pemberita pada acara Christmas Cookies Give away di Thomson Corner, Jalan Nanas, Kuching, di sini, hari ini.

Justeru kata beliau, MKMA63 akan melaksanakan (tuntutan) secara interim terlebih dahulu iaitu sekurang-kurangnya sebahagian bidang kuasa yang boleh diserahkan terus kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Jabatan Perparitan dan Saliran (DID) dan sebagainya dilaksanakan.

Jawatankuasa yang diketuai beliau itu ujar Fadillah lagi sudah mengenal pasti semua perkara-perkara terbabit dengan sebahagian daripadanya memerlukan proses yang panjang termasuk pindaan terhadap perkara Pelembagaan Persekutuan.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan persetujan menteri kabinet mengenai perkara itu pada 4 Januari yang antara lain merangkumi tujuh perkara yang telah dipersetujui secara dasar sebelum ini.

Daripada tujuh perkara tersebut, jelas Fadillah akan melibatkan proses pindaan Pelembagaan Persekutuan dan perlu dibentangkan di Parlimen sebelum keputusan akhir dimuktamadkan.

” Ada yang melibatkan Pindaan Pelembagaan, tetapi kita hendak muktamadkan keputusan terlebih dahulu
sebab sebelum ini ia antara cadangan daripada MKMA63 yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetapi belum dibawa kepada Mesyuarat Menteri Kabinet,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan