Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Armizan Mohd Ali. Foto: Bernama

MA63: 27 perkara dibangkitkan dalam memorandum kabinet mengenai tuntutan Sabah, Sarawak

ByBernama

KOTA KINABALU, 24 Dis: Sebanyak 27 perkara akan dibangkitkan dalam memorandum Jemaah Menteri mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak terutamanya melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijadualkan dibentangkan kepada Kabinet pada 4 Jan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata 27 perkara yang dibangkitkan dalam memorandum itu hasil maklum balas daripada kerajaan Sabah dan Sarawak.

“Daripada 27 perkara itu 22 perkara berkait langsung dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) manakala lima lagi syor tambahan,” katanya kepada pemberita selepas melawat penduduk Tanjung Aru Baru yang terjejas akibat fenomena air pasang besar di sini hari ini.

Armizan berkata satu daripada lima syor tambahan itu telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini iaitu memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri.

“Ia (kuasa kawal selia) merupakan kuasa negeri Sabah tetapi berlaku pindaan undang-undang sekitar tahun 80-an maka kuasa itu diangkat ke Persekutuan dan permintaan kerajaan negeri serta keprihatinan Persekutuan, Kabinet telah luluskan. Insya-Allah Januari ini kuasa itu dipindahkan semula ke Sabah,” katanya.

Sementara itu, Armizan berkata penyelarasan semua agensi kerajaan adalah penting bagi melaksana perancangan kerajaan bagi mendepani bencana terutama banjir di negara ini dan memastikan rakyat tidak mengalami kesan besar akibat bencana tersebut.

Beliau juga mahu semua agensi kerajaan dapat bekerjasama dengan baik bersama pihak lain seperti badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendepani bencana tersebut.

“Setakat ini saya lihat penyelarasan itu hingga ke peringkat akar umbi itu baik, ini kita perlu teruskan supaya tidak wujud persenjangan (ketidakseimbangan) antara perancangan kita buat dengan perlaksanaan dilakukan. Jika ada maklum balas dan perlu ditambah baik, kita ambil tindakan tambah baik.

“Kerjasama dengan syarikat telco dapat berikan CSR (program khidmat masyarakat), selain MetMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) dan JPS (Jabatan Parit dan Saliran) beri maklumat mengikut lokaliti, saya harapkan kerjasama ini diperluaskan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan