Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Identiti kesemua 30 mangsa yang ditemukan meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Batang Kali, pada 16 Dis lepas telah dikenal pasti. Foto: Bernama

Identiti 30 mangsa tragedi tanah runtuh dikenal pasti

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Identiti kesemua 30 mangsa yang ditemukan meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Batang Kali, pada 16 Dis lepas telah dikenal pasti.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kombinasi empat kaedah digunakan bagi mengenal pasti mangsa iaitu padanan asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari, gigi dan pengecaman oleh waris termasuk pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa

Proses bedah siasat untuk semua mayat juga selesai dan mayat telah diserahkan kepada waris oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” menurut agensi itu dalam kenyataan di sini malam tadi.

Tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat lepas setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit.

Berikut adalah senarai nama berserta jantina dan umur mangsa yang terkorban:

  1. Eng Huai Yi (perempuan, 12)
  2. Eng Choon Wen (lelaki, 43)
  3. Ka Kok Bun (lelaki, 43)
  4. Ka Sin Ya Vanya (perempuan, 6)
  5. Fong Choy Kee (perempuan, 43)
  6. Daniel Khor Yen (lelaki, 5)
  7. Chin Su King (perempuan, 36)
  8. Lai Chee Sam (lelaki, 33)
  9. Lai See Tin (perempuan, 33)
  10. Jonas Lai Ze Kai (lelaki, 2)
  11. Giselle Lai Yu Xi (perempuan, 6)
  12. Tong Kai En (lelaki, 9)
  13. Lai Lee Koon (perempuan, 44)
  14. Wong Kim Yap (lelaki, 34)
  15. Wong Zi Hang (lelaki, 1)
  16. Gain Choo Yin (perempuan, 35)
  17. Wong Hao Yee (perempuan, 6)
  18. Tai Jing Kay (lelaki, 7)
  19. Tai Jing Rou (perempuan, 4)
  20. Yu Siew Pay (perempuan, 34)
  21. Tai Chang Lin (lelaki, 35)
  22. Lim Wei Xin (perempuan, 36)
  23. Hong Mei Jing (perempuan, 38)
  24. Nurul Azwani Kamaruzaman (perempuan, 31)
  25. Lai Lee Yin (perempuan, 37)
  26. Zech Loh Qi Yi (lelaki, 7)
  27. Ng Yee Tong (perempuan, 11)
  28. Lam Sook Man (perempuan, 37)
  29. Liu Pei Si (perempuan, 44)
  30. Ng Chay Diok (lelaki, 67)

– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan