Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan Selamat Hari Natal menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini. Foto: Istana Negara (Facebook)

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada masyarakat Malaysia yang beragama Kristian.

Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia,” menurut hantaran itu.

Hari Natal atau Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan