Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang kanvas sementara di tempat tanah runtuh Batang Kali. Foto: Bernama

Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas kejadian tanah runtuh

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Kerajaan Republik Arab Mesir menzahirkan ucapan takziah kepada Malaysia atas kejadian tanah runtuh Jumaat lepas di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, di Batang Kali, Selangor yang menyebabkan ramai terkorban.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar Mesir berkata Kerajaan Republik Arab Mesir menzahirkan setulus-tulus ucapan takziah kepada Malaysia serta turut berduka atas tragedi tanah runtuh yang mengorbankan berpuluh-puluh mangsa dan mencederakan ramai orang.

Kenyataan itu disampaikan kepada Bernama melalui Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur pada Khamis.

Kenyataan itu juga menyampaikan ucapan takziah kerajaan Mesir kepada waris mangsa yang terkorban dan berharap mangsa yang cedera akan diberikan kesembuhan segera.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi 16 Disember di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 30 terkorban dan satu lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan