Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan khas anti-pengganas Densus 88 turut terbabit dalam 'Operasi Lilin 2022' tahun ini. Foto: David Andreas (TVS)

Indonesia kerah 166,322 anggota keselamatan pada Krismas, Tahun Baru 2023

JAKARTA, 23 Dis: Menjelang sambutan krismas dan tahun baru 2023, Indonesia mengerahkan seramai 166,322 anggota termasuk pasukan khas sebagai persiapan menghadapi pelbagai ancaman.

Operasi khas ini akan berlangsung selama 11 hari, bermula hari ini dan akan berakhir pada 2 Januari 2023.

Pasukan keselamatan yang terlibat merangkumi gabungan dari Polis, Askar serta termasuk pasukan khas anti pengganas yang turut terbabit dalam ‘Operasi Lilin 2022’ tahun ini.

Mereka ini akan ditempatkan di 2,629 pos penjagaan merangkumi di 52,636 lokasi termasuk gereja serta tempat percutian.

Ketua Polis Indonesia Jenderal Listyo Sigit (berdiri di hadapan) menghadiri perhimpunan pagi pasukan yang membabitkan anggota polis, askar, dan pasukan khas anti-pengganas dalam ‘Operasi Lilin 2022’. Foto: David Andreas (TVS)

Pada perhimpunan pagi pasukan, Ketua Polis Indonesia Jenderal Listyo Sigit mengatakan, ancaman keganasan menjadi fokus penjagaan dalam operasi ini ekoran kejadian letupan yang berlaku di Balai Polis Bandung Jawa Barat sebelum ini.

“Ancaman keganasan adalah perkara serius, kita harus cegah serangan seperti di Bandung itu agar tidak berlaku lagi, justeru kawalan sepenuhnya ditempat yang berpotensi menjadi sasaran keganasan harus dilakukan,” katanya.

Ketua Polis Indonesia Jenderal Listyo Sigit (tengah) menghadiri perhimpunan pagi pasukan. Beliau berkata ancaman keganasan menjadi fokus penjagaan dalam operasi ini ekoran kejadian letupan yang berlaku di balai polis Bandung Jawa Barat sebelum ini. Foto: David Andreas (TVS)

Sigit juga memaklumkan amanat itu merupakan daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo yang mahu keamanan dan keselesaan orang awam terjamin.

Menurutnya lagi, kesemua pasukan akan dilengkapi dengan senjata penuh serta kenderaan taktikal sepanjang operasi.

Semua pihak yang terbabit akan bekerjasama menjaga keselamatan lebih 44.16 juta rakyat Indonesia yang dijangka akan melakukan aktiviti hujung tahun ini, dari pelbagai ancaman khususnya keganasan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan