Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa membuat lawatan di PPS Kampung Sungai Bedaun, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Banjir: Segelintir penduduk pedalaman enggan berpindah

ByYusuf Shukri

KUCHING, 23 Dis: Keengganan segelintir penduduk di kawasan pedalaman untuk berpindah dari kawasan mudah banjir menjadi satu dilema kepada kerajaan Sarawak yang berusaha menyelesaikan isu bencana di negeri ini.

Situasi sedemikian kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ekoran kebiasaan mereka ini mendiami kawasan berhampiran dengan sungai.

Memetik contoh, setakat ini hanya kemudahan awam seperti sekolah sahaja yang berjaya dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi.

“Seperti di Ulu Sugan, Bintlu, sekolah tersebut telah siap kerana bangunan yang lama telah menjadi tempat ‘istirehat’ buaya.

“Malangnya untuk memindahkan orang di rumah panjang, ataupun penduduk kampung, kita mengalami masalah kerana berpindah akan menjejaskan hidup mereka yang sudah biasa tinggal berdekatan dengan sungai,” kata Abang Johari.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri bertanya khabar salah seorang mangsa banjir ketika membuat lawatan di PPS Kampung Sungai Bedaun, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Sungai Bedaun, di sini, hari ini.

Lawatan beliau turut diiringi Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Ahli Parlimen P.194 Santubong, Dato Sri Nancy Shukri.

Setakat ini seramai 91 orang mangsa daripada 18 buah Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Sungai Bedaun telah ditempatkan di PPS tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan