Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak

Banjir: 4 PPS kini dibuka di seluruh negeri

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 23 Dis: Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan 180 mangsa di kawasan Samarahan, Kuching dan Bau susulan banjir sejak semalam.

Laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak mendedahkan lokasi PPS dibuka masing-masing di Balai Raya Kampung Opar dan Balai Raya Kampung Jugan di Bau.

Seterusnya PPS di Dewan kampung Bedaun, Jalan Sultan Tengah dan Dewan Suarah Kota Samarahan.

“PPS di Kampung Opar yang pertama dibuka pada jam 11 malam semalam menempatkan sembilan mangsa daripada dua Ketua Isi Rumah (KIR),” menurut kenyataan hari ini.

Sementara bagi PPS Balai Raya Kampung Jugan yang dibuka sejak jam 1.39 pagi tadi menempatkan 40 mangsa (15 KIR).

Manakala PPS Dewan kampung Bedaun yang dibuka sejak jam 4.38 pagi tadi menempatkan 83 mangsa (15 KIR).

“PPS keempat di Dewan Suarah Samarahan pula menempatkan 48 kangsa (11 KIR) telah dibuka pada jam 7 pagi tadi,” jelas kenyataan lagi.

Kenyataan turut mendedahkan sebanyak 119 lokasi pemantauan Monsun Timur Laut (MTL) dilaksanakan oleh APM di seluruh negeri Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan