Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak Bomba memindahkan mangsa pada jam 6 pagi tadi

Banjir: 13 keluarga di Kampung Bedaun dipindahkan

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 23 Dis: Sebanyak 13 keluarga di Kampung Bedaun terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing selepas kampung itu dinaiki air sejak jam 6 pagi tadi.

Kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mendedahkan mangsa banjir dari 13 buah rumah dipindahkan ke Dewan Kampung Bedaun, Jalan Sultan Tengah di sini.

“Pihak bomba menerima laporan awal pada jam 4 pagi dan hasil laporan komander operasi mengesahkan keadaan paras air setinggi empat kaki,” katanya.

Sementara bagi kawasan yang tidak dapat dihubungi atas faktor keselamatan dinaiki air setinggi lapan kaki.

Pihak Bomba turut melaporkan kesemua mangsa banjir selamat dipindahkan ke dewan serbaguna kampung berkenaan buat sementara waktu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan