Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15. Foto Bernama.

Agong terima menghadap perpisahan Panglima TLDM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap perpisahan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany di Istana Negara.

Istana Negara menerusi catatan di Facebook rasmi menyatakan Mohd Reza mula berkhidmat pada 1 Mei 1981 akan menyerahkan tugas Panglima TLDM ke-17 kepada kepada timbalannya Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob pada Januari ini.

Dalam pertemuan itu, Al-Sultan Abdullah selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa serta khidmat bakti Mohd Reza kepada TLDM, negara dan keamanan sejagat.

“Mohd Reza telah berkhidmat 42 tahun bersama TLDM dengan penuh dedikasi dan cemerlang,” menurut perkongsian itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan