Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bahagian hadapan kereta Perodua Axia remuk terus selepas bertembung dengan Toyota Hilux di lokasi kejadian. Foto: BPP Bintulu

Wanita maut, dua cedera, kereta bertembung 4WD

BINTULU, 22 Dis: Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman Tinggi, dekat sini tengah malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nur Amira Idris,37, merupakan pemandu kereta Perodua Axia sementara dua lagi remaja perempuan berusia 17 tahun mengalami cedera ringan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Penguasa Kanan Bomba 1(PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 12.27 tengah malam.

“Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan mengenai kemalangan itu,

“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan tiga wanita masih tersepit di bahagian tempat duduk hadapan dan belakang kereta Perodua Axia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Kamarudin berkata, anggota penyelamat kemudian bertindak menggunakan peralatan penyelamat untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.

“Pemandu wanita dewasa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian manakala dua lagi penumpang hadapan dan belakang kereta Perodua Axia yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital menaiki ambulans hospital dan EMRS bomba untuk menerima rawatan,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 1.19 pagi selepas pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi kejadian benar-benar selamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan