Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Artis undangan TVS Live

TVS Live bakal mewarnai tahun baru

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 22 Dis: Sebuah konsert mini yang menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air dan tempatan Sarawak iaitu TVS Live bakal berlangsung mulai 8 Januari 2023 ini.

Selain menampilkan persembahan para artis, menurut Penerbit TVS Live, Yume Suryani, program baharu itu akan turut menyiarkan perkongsian mereka sepanjang bergelar anak seni.

Yume menambah konsepnya amat berbeza dengan program Getaran Jiwa yang juga diterbitkannya sebelum ini.

“Menerusi TVS Live ini, kita akan melihat artis undangan pada setiap episod yang bakal mendendangkan lagu mereka sendiri dan seterusnya, mereka akan berduet dengan artis tempatan Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.

Program terbitan TVS itu juga kata Yume diyakini akan merapatkan jurang di antara penyanyi tanah air dan artis tempatan Sarawak yang memiliki bakat setanding dengan penyanyi popular tanah air.

Difahamkan TVS Live telahpun memulakan sesi rakaman sejak Julai sehingga Oktober lalu bersama para penonton.

Antara artis undangan yang bakal tampil dalam TVS Live adalah Datin Alyah, Ernie Zakri, Ismail Izzani, Azlan and The Typewriter dan ramai lagi.

Saksikan TVS Live yang bakal bersiaran bermula 1 Januari 2023 setiap Ahad jam 8:45 malam di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. – TVS

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan