Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia, Adlan Mohd Shaffieq (kiri), menyerahkan penghargaan untuk TVS diwakilkan oleh koresponden TVS di Jakarta, David Andreas (tengah) disaksikan oleh Pengarah Tourism Malaysia (TM) Jakarta, Junus Suhid (kanan). Foto: David Andreas (TVS)

TM Jakarta optimis sasar 15 juta pelancong Indonesia ke Malaysia pada 2023

JAKARTA, 22 Dis: Tourism Malaysia (TM) Jakarta optimis untuk meningkatkan kemasukan pelancong yang datang ke Malaysia khususnya dari Indonesia pada 2023 akan datang.

Bagi mewujudkan sasaran ini, TM Jakarta terus berusaha meningkatkan ketibaan pelancong ke Malaysia dengan menjalinkan kerjasama dengan pemain industri pelancongan Indonesia seperti ejen pelancongan, syarikat penerbangan, ejen pelancongan dalam talian (OTA), dan media.

Pada 2022, Malaysia menyasarkan seramai 9.2 juta pelancong antarabangsa datang ke Malaysia dan sehingga September lalu, terdapat 799,000 pelancong Indonesia yang datang ke Malaysia.

Menurut pengarah TM Jakarta, Junus Suhid angka positif itu akan membangkitkan semula industri pelancongan seiring dengan kerjasama bagi mencapai matlamat tahun hadapan.

“Sasaran baharu kami pada 2023, Malaysia optimis ia menyasarkan seramai 15 juta pelancong antarabangsa datang ke Malaysia dan kami akan usahakan perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ‘Malam Apresiasi Tourism Malaysia 2022’  di sini, semalam.

Junus menambah manifestasi konkrit bagi kerjasama di Indonesia telah wujud, termasuk penghargaan kepada semua rakan dalam industri pelancongan yang terus menyokong dan memberikan kerjasama yang baik untuk Malaysia.

Foto: David Andreas (TVS)

Majlis turut menyaksikan, TVS menerima penghargaan daripada TM Jakarta yang diserahkan oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia, Adlan Mohd Shaffieq berhubung penyertaan dalam penerbitan yang telah disiarkan selama ini.

Sementara, Tourism Malaysia juga berharap keadaan pandemik ini akan kembali pulih, agar ekonomi kembali kukuh dan industri pelancongan kembali seperti sedia kala. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan