Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif OCIM Sdn Bhd Steve Choi Sung Kii bersama Pengurus Jabatan Pengurusan Perniagaan Ngu Siew Yen mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni di pejabatnya hari ini.

Syarikat antarabangsa minat bekerjasama dengan kerajaan Sarawak kukuh nilai solar

ByMuqri Aziz

KUCHING, 22 Dis: Syarikat antarabangsa, OCIM Sdn Bhd berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi merealisasikan inisiatif penerokaan tenaga hijau di negeri ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif OCIM Sdn Bhd, Steve Choi Sung Kii, ketika mengdakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni di pejabatnya, hari ini.

“OCIM Sdn Bhd telah memfokuskan kepada Perniagaan Tenaga Hijau apabila telah membuat pelaburan sebanyak RM2.2 bilion dan menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Miri dengan kerjasama Universiti Curtin bermula 2017 hingga 2022.

”Bermula tahun 2023, OCIM Sdn Bhd juga akan terus melabur dalam ‘Polysilicon’ dengan melancarkan rantaian nilai semikonduktor dan memperkukuhkan rantaian nilai solar di Sarawak,” menurut Dr Hazland dalam satu kenyataan.

Justeru Dr Hazland menyatakan hasrat syarikat itu selari dengan prospek perniagaan mereka di Sarawak dalam konteks tenaga hijau dan rantaian nilai semikonduktor.

“OCIM Sdn Bhd telah menghasilkan bahan seperti ‘Silicon Metal’ (Mg-Si) untuk PMB Technology dan juga ‘Polysilicon’ untuk OCI dan bahan-bahan seperti ‘wafer’, solar dan ‘module’ bagi keperluan Syarikat LONGi serta pemasangan solar,

“Selain tenaga hijau, OSIM Sdn Bhd yang terlibat dalam rantaian nilai semikonduktor juga menghasilkan ‘Silicon Metal’ (Mg-Si) dan ‘Polysilicon’ serta menghasilkan reka bentuk, ‘wafer’ dan chip untuk beberapa syarikat terkemuka di Korea Selatan antaranya Samsung dan SK bagi menyediakan faundri untuk XFAB di Sarawak,” ujarnya lagi.

Bagi mengukuhkan kedudukan mereka di Sarawak, kata Dr Hazland syarikat itu akan menyediakan peluang pekerjaan dengan memberi keutamaan kepada penduduk dan tenaga pakar tempatan Sarawak.

Menurutnya, syarikat tersebut akan menambah jumlah pekerjanya kepada 1,900 orang pada tahun akan datang berbanding 650 orang pada 2021. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan