Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Envato

Ringgit melantun semula ditutup tinggi berbanding dolar AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Ringgit melantun semula daripada penurunan lima hari berturut-turut berbanding dolar AS untuk ditutup tinggi hari ini apabila faktor luaran yang kukuh telah meningkatkan sentimen terhadap mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.4215/4255 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4375/4405 pada Rabu.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit mengukuh hari ini apabila penggubal dasar China mengulangi sokongannya terhadap pasaran hartanah negara itu yang dilanda masalah, yang seterusnya memberikan sentimen baik kepada pasaran dan pertumbuhan serantau.

Di dalam negara, angka terbaharu inflasi dijangka diumumkan esok.

“Saya fikir inflasi keseluruhan akan berkurangan tetapi inflasi teras terus kekal berikutan kos industri perkhidmatan dan makanan yang tinggi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2798/2833 daripada paras penutup 3.2829/2856 pada Rabu dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3486/3521 daripada 3.3714/374.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3522/3571 daripada 5.3880/3917 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7085/7127 daripada 4.7113/7145. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan