Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Cawangan KPDN Bahagian Limbang, Pulnama Tarah

Nilai rampasan RM244,640 direkod hasil pemeriksaan KPDN Limbang sepanjang tahun

LIMBANG, 22 Dis: Rampasan bernilai RM244,640 dan 84 kes membabitkan pembayaran kompaun sebanyak RM24,900 direkodkan hasil pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kos Sara Hidup (KPDNK) Bahagian Limbang di Limbang dan Lawas sepanjang tahun ini.

Ketua Cawangan KPDN Bahagian Limbang, Pulnama Tarah berkata daripada jumlah itu sebanyak 63 kes adalah melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011, tujuh kes dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan 14 kes di bawah Akta Timbang dan Sukat.

“Kita telah mengambil tindakan sebanyak 84 kes di Bahagian Limbang termasuk Limbang dan Lawas dengan jumlah nilai rampasan RM244,640 membabitkan jumlah kompaun RM24,900.

“Daripada jumlah tersebut 63 kes melibatkan Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan, dan yang kedua akta kawalan bekalan, sebanyak tujuh kes, Akta Timbang Sukat sebanyak 14 kes dan yang lain-lain tidak menghasilkan kes,” katanya ketika ditemui TVS semalam.

Tegas Pulnama, pihaknya begitu serius dalam membendung isu kenaikan harga dan kekurangan bekalan yang berlaku di bahagian Limbang.

“Kebanyakkan kes lebih kepada Akta Kawalan Harga dan Akta Kawalan Bekalan serta kita juga serius untuk membendung isu kenaikan harga dan kekurangan bekalan ini,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan