Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi Sarawak yang diketuai oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Siam Cement Group.

Lawatan SEDC dan BDA di Bangkok, teroka peluang import simen

ByMuqri Aziz

BANGKOK, 22 Dis: Delegasi Sarawak yang diketuai oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengadakan lawatan penerokaan di Ibu Pejabat Siam Cement Group (SGC) di Bangkok, Thailand pada Isnin.

Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau kemungkinan SEDC dan BDA akan membentuk syarikat usahasama untuk mengimport simen daripada SCG dalam menangani isu kekurangan dan kenaikan harga simen yang sedang dihadapi oleh industri pembinaan Sarawak.

Kenyataan SEDC mendedahkan lawatan berkenaan akan menyaksikan peningkatan bekalan simen ke Sarawak bagi menangani keperluan segera dalam industri pembinaan dan ini dapat mengurangkan kekurangan dan kenaikan harga simen di Sarawak.

Menurutnya, pengimportan simen adalah tertakluk pada sijil kelulusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) sebagai pembuat keputusan dasar import simen.

“Purata harga seunit simen di Sarawak adalah 15 peratus lebih tinggi daripada di Semenanjung Malaysia dan 4 peratus lebih tinggi daripada di Sabah,” katanya.

Selain itu kenyataan juga mendedahkan isu bekalan dan harga telah memberi kesan dan melambatkan projek pembangunan utama Sarawak.

“Pada 2021, Sarawak telah mengimport bahan binaan kapur, simen dan fabrikasi dengan nilai keseluruhan RM206.6 juta, terutamanya dari Semenanjung Malaysia (RM112.83 juta), Indonesia (RM56.3 juta) dan China (RM13.6 juta),” katanya.

Bagi menangani isu ini, syarikat usahasama SEDC-BDA sedang mengkaji kemungkinan untuk mengimport antara 500,000 hingga 1 juta tan metrik simen setahun daripada SCG mulai 2023. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan