Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ernie Zakri (kiri) dan Huza Tahir ketika rakaman TVS Live

Konsert mini TVS Live ketengahkan bakat seni anak Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 22 Dis: Kerajaan Sarawak sekali lagi muncul dengan platform baharu yang bakal memacu industri hiburan dan kreatif tempatan menerusi program TVS Live.

Menurut penerbitnya, Yume Suryani, program terbitan TVS itu akan menemui para penonton pada awal tahun 2023 yang akan menjadi platform untuk membuka mata orang ramai dalam melihat serta mengiktiraf bakat seni anak Sarawak.

“Selain daripada menyaksikan penyanyi tanah air yang akan membuat persembahan solo, kita juga akan melihat penyanyi tempatan Sarawak mendendangkan lagu daripada artis undangan pada setiap episod,

“Program ini sekali gus akan merapatkan jurang di antara penyanyi tanah air dan Sarawak,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Dalam pada itu, Yume juga berharap agar program konsert mini ini akan menjadi platform bagi penonton untuk mengiktiraf dan mengenal bakat anak seni Sarawak.

Terdahulu, sesi rakaman TVS Live bersama penonton sudahpun bermula sejak Julai sehingga Oktober lalu.

Antara artis tempatan Sarawak yang bakal tampil pada TVS Live ialah; Carrie Geres, Norafizah Busman, Hijrah Yahya, Hazmil Hasnan dan ramai lagi.

Saksikan TVS Live yang bakal bersiaran bermula 8 Januari 2023 setiap Ahad jam 8:45 malam di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan