Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Tetap Kementerian Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Hii Chang Kee (empat,kanan) menerangkan perancangan kementerian dalam melaksanakan beberapa projek warisan dibawah Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak bagi kawasan Padungan serta Kuching Selatan kepada Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng (empat,kiri) ketika melawat tapak lukisan mural di Padungan. Foto: TVS

RM4.6 Juta dilulus untuk sokong 80 program Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak

KUCHING, 21 Dis: Kementerian Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni telah meluluskan peruntukan berjumlah RM4.6 juta bagi menyokong kira-kira 80 program berkaitan perlancongan dan industri kreatif di Sarawak sejak April lalu.

Setiausaha Tetap Kementerian, Datu Hii Chang Kee, berkata dana tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan RM10 juta yang diumumkan bagi tujuan tersebut oleh Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada April lalu.

Menurut Chang Kee, sokongan turut merangkumi sembilan permohonan penerbitan buku termasuk pelancaran buku Sejarah Padungan pada 23 Disember ini melibatkan penerbitan dan pelancaran buku tersebut yang disediakan di bawah dana mudahcara tersebut.

“Kita juga turut menyokong 17 pembangunan kemahiran yang termasuk menganjurkan bengkel berkaitan seni persembahan dan kursus jurusolek artis kerana ia juga termasuk dalam industri kreatif serta 15 projek warisan yang melibatkan kulinari dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak lukisan Mural di Padungan, hari ini.

Menurut Chang Kee, projek lukisan mural itu juga merupakan sebahagian daripada projek warisan yang turut mendapat sokongan dana daripada Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, projek lukisan mural tersebut merupakan salah satu daripada insiatif Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk memberikan kecerian kepada kawasan Padungan seklai gus menjadikan ia sebagai salah satu tarikan baharu kepada pelancong di kawasan itu.

Jelasnya, keberadaan lukisan mural tersebut memberikan pengalaman baharu kepada pelancong dalam dan luar Sarawak yang sebelum ini mengunjungi kawasan berkenaan kerana kepelbagian warisan makanannya.

“Bagaimapun kita perlu memastikan kita ada perkara untuk menarik orang ramai ke Padungan kerana lukisan mural ini menceritakan tentang sejarah masa lalu kawasan ini,

“Ia bukan sahaja untuk tatapan para pelancong tetapi juga sesuai untuk tujuan pendidikan serta pendedahkan kepada generasi muda kita supaya mereka tidak melupakan warisan Padungan ini dengan sengaja,” katanya lagi.

Sebanyak enam lukisan mural akan menyerikan kawasan tersebut dengan setiap satunya menceritakan perihal sejarah dan warisan yang terdapat di Padungan sejak ia mula dibuka pada 1928. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan