Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang mengalu-alukan keputusan itu berkata, perkara tersebut sentiasa menjadi aspirasi Sabah dan rakyat negeri itu. Foto: Pejabat Ketua Menteri

Pemindahan kawal selia gas ke Sabah realisasikan MA63

KOTA KINABALU, 21 Dis: Kerajaan Sabah menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada negeri itu sebagai satu langkah ke hadapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang mengalu-alukan keputusan itu berkata, perkara tersebut sentiasa menjadi aspirasi Sabah dan rakyat negeri itu.

“Kerajaan negeri sentiasa gigih dalam usaha untuk mengawal dan mengurus sumber minyak dan gas negeri,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Ketua Menteri berkata beliau telah membangkitkan keperluan untuk memenuhi MA63 semasa pertemuan pertamanya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan itu hari ini dengan tarikh pelaksanaan pemindahan itu akan dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan