Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian ketika berucap pada majlis Chemstry Night anjuran Institut Kimia Malaysia (IKM) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto: TVS

Kerajaan Perpaduan perlu gabungan baik, pastikan pentadbiran yang stabil, lancar

KUCHING, 21 Dis: Kerajaan Perpaduan memerlukan gabungan yang baik dalam memastikan pentadbiran yang stabil dan lancar.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, tanpa campuran yang betul ia akan menyebabkan ketidaktentuan politik negara.

Menurutnya, ia ibarat membuat kesilapan dalam campuran bahan kimia sehingga boleh menyebabkan letupan.

“Ilmu kimia dalam kehidupan memainkan peranan penting yang tidak hanya digunapakai dalam bidang sains semata-mata.

“Begitu juga dalam Kerajaan Perpaduan, kita memerlukan ‘chemistry’ yang baik, jika tidak ia akan meletup (ketidakstabilan politik) kerana kita mungkin akan melihat pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Ini kerana hubungan yang tidak serasi, sebab itu kimia amat penting dalam kehidupan yang tidak hanya dikaitkan dengan bidang sains tetapi dalam aspek lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Chemistry Nite anjuran Institut Kimia Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Selasa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan