Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan akan mengumumkan beberapa kemajuan yang jauh lebih baik untuk menyelesaikan sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam Perjanjian Malaysia 1993 (MA63) pada awal Januari 2023. Foto: Afiq Hambali (Pejabat Perdana Menteri)

Kemajuan lebih baik perkara MA63 diumum pada Januari depan

ByLuqman Muhammad

PUTRAJAYA, 21 Dis: Kerajaan akan mengumumkan beberapa kemajuan yang jauh lebih baik untuk menyelesaikan sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam Perjanjian Malaysia 1993 (MA63) pada awal Januari 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun kata beliau terdapat beberapa isu yang melibatkan perundangan dan pindaan undang-undang terpaksa ditangguhkan sehingga sidang Parlimen seterusnya.

“Soal MA63 yang diuruskan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof yang kita telah beri tempoh satu bulan akan diumumkan awal Januari 2023,

“Beberapa isu besar dapat kita luluskan umpamanya hari ini, untuk gas kita pindahkan kuasa kawal selia bekalan gas yang dahulunya di peringkat Petronas Persekutuan dipindahkan kepada kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media Pasca Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia di sini, hari ini.

Namun Anwar memberitahu lagi tarikh pelaksanaan itu kini menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kelulusan jemaah menteri telah diperakui hari ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan