Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua kenderaan pacuan empat roda yang bertembung di Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu tengahari tadi. Foto BBP Batu Niah.

Dua lelaki maut nahas dua pacuan empar roda bertembung

BATU NIAH, 21 Dis: Dua maut dalam nahas jalan raya melibatkan dua buah pacuan empat roda (4WD) bertembung berhampiran Rumah Robert, Suai di Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu, di sini tengahari tadi.

Kejadian jam sekitar 12.30 tengahari itu, melibatkan kedua-dua mangsa tersebut antara lima penumpang yang menaiki pacuan empat roda manakala tiga lagi mangsa yang menaiki sebuah lagi 4WD turut mengalami kecederaan termasuk seorang patah kaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah, Rary Binjie berkata, enam anggota Bomba bersama jentera telah bergegas ke lokasi sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.49 tengahari.

Katanya, setiba di lokasi kira-kira 38 kilometer dari balai, terdapat dua mangsa tersepit di dalam kenderaan 4WD jenis Toyota Hilux telah disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Seorang daripada mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Pang Long Seng berusia 29 tahun dan seorang lagi belum dapat dikenal pasti manakala seorang wanita dan lelaki remaja yang berada dalam kenderaan sama hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya lagi, kemalangan tersebut  membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipercayai telah bertembung dengan sebuah lagi 4WD jenis Isuzu Dmax.

“Tiga penumpang yang menaiki 4WD jenis Isuzu Dmax termasuk seorang pemandu lelaki, 55, didapati patah kaki kanan manakala seorang wanita, 54, dan seorang remaja lelaki, 13, hanya cedera ringan,” katanya.

Difahamkan kenderaan Toyota Hilux dipercayai sedang dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri manakala Isuzu Dmax datang dari arah yang bertentangan.

Jelasnya, mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat sepenuhnya pada 3.10 petang. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan