Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai membeli telur di sebuah pasaraya hari ini. Foto TVS.

Bekalan telur ayam, daging mencukupi di bahagian Limbang

LIMBANG, 21 Dis: Bekalan telur ayam di Bahagian Limbang mencukupi termasuk untuk menampung permintaan bagi sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi meskipun berlaku gangguan bekalan telur sebelum ini.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Bahagian Limbang Pulnama Tarah memberi jaminan bekalan telur mencukupi untuk memenuhi permintaan di daerah Limbang dan Lawas.

Pulnama Tarah (kanan) ketika ditemui TVS di pejabatnya hari ini. Foto TVS.

Beliau berkata sebanyak 8,000 dulang bekalan telur diagihkan untuk penduduk di Limbang dan Lawas seminggu iaitu pengagihan diadakan pada setiap Selasa dan Khamis bergantung kepada logistik,” katanya.

Pulnama mengakui wujud gangguan terhadap bekalan ketika ini namun situasi itu tidak memberi kesan negatif kepada pengguna.

“Purata bekalan yang kita terima untuk kedua-dua bahagian Limbang ini dalam 8 ,000 dulang untuk Limbang dan Lawas dan bagi daerah Limbang dalam 4,500 dulang,” katanya ketika ditemui TVS di pejabatnya hari ini.

Pulnama turut menasihati pengguna agar tidak melakukan pembelian panik kerana ia boleh menyebabkan berlakunya gangguan bekalan.

Tegasnya pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menyorok bekalan telur dan menaikkan harga semberono.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pengguna agar membuat aduan kepada pihaknya sekiranya terdapat peniaga yang melanggar kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Sementara itu katanya bekalan daging di bahagian ini mencukupi hasil perbincangan dengan pembekal dan agensi berkaitan meskipun terdapat aduan kekurangan bekalan daging itu di sini.

Tambah beliau lagi kekurangan daging babi di bahagian ini susulan penutupan ladang babi di daerah ini susulan Penyakit Deman Babi Afrika (ASF) yang melanda sebelum ini.

“Walaupun ada beberapa aduan yang kita terima dari segi kekukangan bekalan, hasil perbincangan kita bersama pihak agensi memberi jaminan bekalan itu ada, cuma akan lewat sampai ke Limbang.

“Pada ketika ini untuk daging babi ini bekalan di hantar dari Kuching sebab ladang di Limbang telah ditutup susulan isu penyakit babi sebelum ini,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan