Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MARANG, 20 Dis -- Beberapa kawasan dinaiki air ketika tinjauan udara di sekitar Besut, Hulu Terengganu dan Setiu hari ini. Di Terengganu situasi banjir tidak menunjukkan petanda lebih baik apabila angka mangsa banjir terus melonjak kepada 37,792 melibatkan 10,401 keluarga berbanding 26,494 orang daripada 7,369 keluarga malam tadi dan semua mereka ditempatkan di 310 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di semua lapan daerah. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan Kemaman menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 12,000; diikuti Besut (8,228); Hulu Terengganu (6,691); Setiu (3,988); Dungun (2,484); Kuala Nerus (1,521); Kuala Terengganu (1,900) manakala Marang (980) setakat pagi ini. Foto: Bernama

Banjir: Pasangan suami isteri warga emas antara diselamatkan bomba Dungun

ByBernama

DUNGUN, 21 Dis: Sepasang suami isteri warga emas merupakan antara 40 mangsa banjir yang berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Dungun, Shahrizal Shamsudin berkata, kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 80-an dari Kampung Padang Pulut di sini telah dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Kampung Padang Pulut, malam tadi.

“Kami berhadapan detik sukar apabila terpaksa mengangkat bot kami kerana jalannya yang tidak stabil serta ada beberapa kawasan menuju ke rumah mangsa tidak dinaiki air…Alhamdulillah kita dapat keluar ke kawasan selamat,” katanya kepada Bernama di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dengan kekuatan 35 anggota bomba yang bertugas serta bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awan Malaysia (APM). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan