Bekas perdana menteri itu berkata, inisiatif dalam Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, adalah sebahagian daripada aspirasi Bajet Kerajaan Keluarga Malaysia dibentangkan pada 7 Oktober lepas.
Antara inisiatif Bajet 2023 dibentangkan ketika pentadbiran kerajaan diterajui Ismail Sabri yang diteruskan oleh Anwar, iaitu Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.
Selain itu, Perdana Menteri mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 dan Bantuan Khas Kewangan untuk kakitangan awam serta menyediakan 50,000 peluang pekerjaan.
âJusteru, sekali lagi saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana meneruskan aspirasi Keluarga Malaysia dan berharap nasib rakyat akan terus terbela,â katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Ismail Sabri berkata, kerajaan di bawah pentadbirannya memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran ekonomi negara serta mengambil kira semua aspek khususnya untuk membela golongan B40 dan sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang diramalkan berlaku tahun depan.
âMalah kerajaan terdahulu juga berusaha sedaya upaya memastikan kos sara hidup rakyat tidak melambung tinggi,â katanya.
Beliau berkata, antara usaha Kerajaan Keluarga Malaysia untuk meringankan beban rakyat termasuk tidak menaikkan tarif elektrik di Semenanjung dengan menanggung kos sebanyak RM5.8 bilion dan memberikan subsidi RM1.2 bilion kepada penternak untuk tidak menaikkan harga ayam serta telur. -TVS