Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Ahli-ahli Parlimen supaya menjaga adab dan susila masing-masing serta tidak melanggar batas peraturan yang ditetapkan semasa persidangan Dewan Rakyat. Foto: Bernama

Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Ahli-ahli Parlimen supaya menjaga adab dan susila masing-masing serta tidak melanggar batas peraturan yang ditetapkan semasa persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Ahli Parlimen seharusnya sentiasa menjaga kemulian Dewan Rakyat dan tidak  membiarkan rakyat mentertawakan mereka dengan pelbagai kerenah yang ditunjukkan kerana ia turut dapat ditonton.

“Boleh berbeza pendapat, boleh bertengkar tetapi harus jaga kemuliaan Dewan ini dengan tidak (bersikap) keterlaluan kerana ini akan ditertawakan rakyat yang melihat seluruh Dewan ini menjadi gelanggang seperti mana yang disebut dalam media sosial, sarkas.

“Saya bagi jaminan, kita akan beri sokongan penuh kalau tindakan itu perlu dikenakan ke atas Ahli-ahli Berhormat daripada Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar juga meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof selaku Ketua Whip Kerajaan Perpaduan agar memaklumkan kepada Ahli Parlimen Kerajaan untuk menjaga tatasusila, adab serta peraturan dan berharap perkara yang sama turut dilakukan oleh pihak pembangkang.

Sementara itu, Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang memberikan sokongan kepada beliau menerusi Usul Undi Percaya yang diluluskan dengan lebih suara bersetuju di Dewan Rakyat semalam.

“Terima kasih kepada Ahli Parlimen termasuk pembangkang yang menyatakan Usul Undi Percaya mengenai keabsahan tidak diperlukan.

“Itu bermakna mereka menerima kenyataan, ada perubahan dan memberikan peluang kepada saya untuk melaksanakan  tanggungjawab untuk meneruskan tugas tanpa gangguan dari sudut pertikaian keabsahan,” katanya.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan