Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk menggalas tanggungjawab dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat, sebagai tunggak utama. Foto: Afiq Hambali (Pejabat Perdana Menteri)

Kepentingan dan hak rakyat tunggak utama – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk menggalas tanggungjawab dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat, sebagai tunggak utama.

Beliau menerusi hantaran di Facebooknya, melahirkan rasa syukur selepas secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, hari ini.

“Alhamdulillah, secara rasminya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang bermula hari ini sehingga esok,” kata Perdana Menteri.

Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab tersebut akan digalas dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat sebagai tunggak utama.

“Kami (wakil rakyat) akan bekerja sesungguhnya dengan menjunjung peranan institusi Parlimen dan mempertahankan Perlembagaan,” katanya.

Terdahulu hari ini Anwar  yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengetuai 222 anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang memulakan persidangan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan