Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar video tular yang menunjukkan seorang ibu yang memeluk bayinya yang dikatakan telah meninggal dunia di dalam bas semasa dalam perjalanan dari Kuching ke Sarikei pada 4 Disember. Foto: Jessa Bandang (Facebook)

Kematian bayi tiga bulan dipercayai akibat sepsis dan meningitis

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 19 Dis: Seorang bayi berusia tiga bulan yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan bas dari Kuching ke Sarikei berkemungkinan meninggal dunia akibat jangkitan darah (sepsis) dengan komplikasi jangkitan selaput otak (meningitis), kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Ooi Choo Huck.

Katanya, bayi berkenaan bersama ibunya  dari Kuching ke Sarikei pada 4 Disember lalu bertujuan untuk mendapatkan rawatan tradisional.

“Bayi telah dibawa ke hospital berdekatan dan disahkan telah meninggal dunia di hospital berkenaan.

“Walau bagaimanapun, bedah siasat tidak dilakukan kerana pihak keluarga tidak bersetuju dan mayat bayi tersebut kemudian telah dibawa pulang oleh pihak keluarganya dan dikebumikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 9 Disember lalu, tular video di media sosial berkaitan kes kematian bayi di perhentian bas Jelukong, Sri Aman.

Video tersebut melihatkan orang ramai berkerumun sekeliling si ibu menangis sambil mendukung mayat bayinya.

Pada masa sama, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menasihati orang ramai agar membawa bayi atau anak mereka ke fasiliti kesihatan terdekat dengan segera sekiranya mendapati bayi atau anak tidak sihat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan