Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai majlis mengangkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pagi ini. Foto: Facebook Anwar Ibrahim.

Anwar ketuai 222 Ahli Parlimen angkat sumpah

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai 222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang memulakan persidangan hari ini.

Ia kemudian diikuti oleh dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ia kemudian diteruskan dengan barisan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen Kerajaan, dan Ahli Parlimen Pembangkang.

Uniknya pada upacara itu, dua Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen iaitu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Persidangan Parlimen kali ini menjadi  tumpuan seleps genap sebulan  Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada 19 November lepas yang menyaksikan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Sidang Parlimen itu diadakan bagi membentang dan meluluskan peruntukan khas atau bajet mini bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam mulai  Januari.

Selain itu, tumpuan juga terarah kepada pembentangan usul undi percaya bagi menentukan keabsahan pelantikan Anwar yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 November lalu.

Buat masa ini, Kerajaan Perpaduan itu diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 82 kerusi Dewan Rakyat dan disertai oleh Barisan Nasional (BN) dengan 30 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (6) dan disokong oleh beberapa parti kecil dan wakil rakyat Bebas.

Blok kerajaan ini berdepan dengan Perikatan Nasional (PN) selaku pembangkang dengan 74 kerusi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan