Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen yang hadir pada hari kedua persidangan Dewan Rakyat esok, dikecualikan daripada memakai tali leher. Foto: Bernama

Ahli Parlimen diberi pilihan untuk tidak pakai tali leher esok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Ahli Parlimen yang hadir pada hari kedua persidangan Dewan Rakyat esok, dikecualikan daripada memakai tali leher.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menyatakan perkara itu sebelum menangguhkan persidangan hari ini hingga jam 10 pagi esok.

“Cuma satu peringatan dan permintaan, ada cadangan untuk esok, mereka yang nak pakai sut saya kecualikan daripada memakai tali leher. Jadi boleh datang dengan baju Melayu ataupun dengan sut tetapi tanpa tali leher, ia adalah pilihan,” katanya di sini.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut sama ada perkara itu dibolehkan sepanjang persidangan Dewan Rakyat atau hanya dibolehkan untuk esok sahaja.

Mengikut Panduan Pakaian Di Dalam Dewan Persidangan dalam portal Parlimen.gov.my, individu lelaki yang memasuki Parlimen perlu mengenakan kot, kemeja lengan panjang, bertali leher dengan digalakkan berwarna gelap.

Mereka juga boleh memakai pakaian kebangsaan atau tradisional  yang lengkap dengan kasut kulit bertutup atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya dan berwarna gelap serta berstoking. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan