Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: Awang Azmil (TVS)

Pengaruh Abang Johari semakin jelas di Persekutuan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 18 Dis: Tahap profesionalisme Gabungan Parti Sarawak (GPS) melonjak tinggi selepas gabungan yang diterajui Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu semakin jelas mendapat tempat di peringkat Persekutuan.

Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis menyifatkan kepimpinan Abang Johari telah mendorong suara Sarawak mendapat perhatian khusus lebih-lebih lagi berhubung isu tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya lagi, GPS juga tampil sebagai ‘Kingmaker’ dalam pembentukan kerajaan perpaduan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam konteks Sarawak sejurus Abang Johari diangkat menjadi pemimpin nombor satu negeri Sarawak barulah kita dapat menyaksikan bagaimana suara Sarawak jelas mendapat perhatian,

“Bila GPS ditubuhkan peristiwa lebih hebat lagi dapat kita saksikan, maka saya rasa ini perkembangan yang semakin jelas dan tahap profesionalisme GPS semakin baik,” ujarnya ketika dihubungi TVS.

Menurut Mujibu lagi penyertaan GPS dalam kerajaan campuran ini juga mampu memberi tekanan ataupun desakan kepada Persekutuan untuk memberi perhatian berdasarkan perkembangan semasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan