Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol menyampaikan sumbangan kepada Tukino Mapol. Turut kelihatan, Muller dan Zulazhar.

Jasa wartawan veteran dalam lipatan sejarah jangan dilupa – Abdullah

KUCHING, 18 Dis: Generasi muda dalam bidang kewartawanan usah lupa jasa dan pengorbanan wartawan-wartawan veteran terutama mereka yang telah berkhidmat lebih 30 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol yang berkata demikian, menambah golongan ini merupakan saksi dalam evolusi sosiopolitik serta detik-detik bersejarah dalam negeri dan negara.

Sehubungan itu, beliau menyeru wartawan-wartawan baharu sentiasa belajar serta menimba pengetahuan daripada wartawan berpengalaman.

Beliau berkata, kecekapan wartawan bekerja di lapangan bukan suatu yang boleh diperolehi dalam masa singkat.

Selain membina hubungan yang baik dengan masyarakat serta agensi-agensi kerajaan atau swasta, wartawan juga harus ada pengetahuan am yang mencukupi tentang perkara yang ingin dilapor.

“Mutu penulisan dalam kalangan wartawan baru juga harus diperbaiki untuk memastikan gambaran sebenar perkara yang dilapor itu tidak mengelirukan dan difahami pembaca.

“Peranan wartawan veteran berkongsi pengalaman mereka dengan wartawan muda atau generasi baru amat diperlukan,” katanya yang ditemui ketika menziarahi bekas pengamal media di sini pada Sabtu.

Abdullah berkunjung ke kediaman bekas juruvideo Tukino Mapol, bekas wartawan sukan Martin Yee dan bekas editor Juary Mesa.

Program ini dianjurkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Persekutuan Persatuan-persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA).

Beliau menyampaikan sumbangan daripada Kelab Kebajikan Kakitangan UKAS, FSJA dan KDJA.

Hadir sama, Ketua Seksyen Berita dan Hal Ehwal Awam, UKAS Muller Assen, Timbalan Presiden FSJA Jacqueline David dan Timbalan Presiden KDJA Zulazhar Sebli.

Dalam masa sama, Abdullah memuji keprihatinan kelab wartawan terhadap bekas wartawan yang sakit.

Beliau berharap semua warga media sentiasa membina dan mengekalkan keprihatinan seumpama ini supaya kerjasama serta perkongsian terjalin erat.

Menurutnya, keprihatinan warga media terhadap rakan-rakan yang sakit dapat membentuk masyarakat penyayang dan peka dengan keperluan orang lain.

“Saya sentiasa menggalakkan semua warga media agar sentiasa mengambil berat tentang sahabat seperjuangan dan sekerja,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan